Menu

Lovely Cute
  • More Menu

    • Reports
    • Search
    • Graphs
    • Settings
  • Dream Fun Product

    Drop Menu

    • Reports
    • Search
    • Graphs
    • Settings
  • Home
  • About
  • Contact
  • Sitemap
  • Others
Serius Gempak
  • Menu
  • Home
  • Blogger
    • SEO
      • SEO 1
      • SEO 2
    • CSS
      • CSS 1
      • CSS 2
      • CSS 3
      • CSS 4
      • CSS 5
    • Jquery
      • Jquery 1
      • Jquery 2
  • Music
    • Product 1
      • Sub Item
      • Sub Item
    • Product 2
      • Sub Item
      • Sub Item
  • Flat UI
  • Features
Home » Blog » DAHSYAT: Bayi 1 Bulan Dirog*l Dan Dipukul Separuh Mati !!

DAHSYAT: Bayi 1 Bulan Dirog*l Dan Dipukul Separuh Mati !!


LONDON : Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.

Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.

Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.

Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”

Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”

Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.

Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.

Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.Mereka disifatkan sebagai peramah.Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu.
Add Comment
Blog
Sunday, August 3, 2014

Share

Like

G+

Tweet

Tweet
Related Posts

Show Conversion CodesHide Conversion Codes
Show EmoticonHide Emoticon
Newer Older Home

Weekly Posts

  • Tonton Tembus Full Movie
    Tonton Tembus Full Movie
  • Tonton Adnan Sempit Sawadikap Full Movie
    Tonton Adnan Sempit Sawadikap Full Movie
  • Tonton Rock Sangkut Telemovie
    Tonton Rock Sangkut Telemovie
  • Tonton Rindu Awak 200% TV3 Full Episode
    Tonton Rindu Awak 200% TV3 Full Episode
  • Watch Teenage Mutant Ninja Turtles (2014) Online
    Watch Teenage Mutant Ninja Turtles (2014) Online
  • Facebook
  • twitter
  • googleplus
  • linkedin
  • youtube
  • flickr
  • vimeo
  • deviantart

Copyright Serius Gempak 2014 . Template by Noval Web . Redesign by Aisuka Blog . Powered by Blogger

Published By Gooyaabi Templates